Bismillahirrahmirrahim . .
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke teratak ilmu untuk berkongsi ilmu kesihatan dan kecantikan yang sememangnya menjadi fokus masyarakat pada masa ini.
Sememangnya kesihatan tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan seharian. Oleh yang demikian, kita harus memilih satu kehidupan yang berkualiti khususnya melibatkan aspek kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.
Kesihatan dan kehidupan ibarat lagu dan irama. Andai rosak lagu maka pincanglah irama. Begitulah juga hakikat kesihatan dengan kehidupan. Terjejas kesihatan maka hilanglah kualiti kehidupan. Kesihatan merupakan ANUGERAH terhebat daripada Allah S.W.T kepada hamba-hambaNya. Oleh itu, kita tidak boleh mempersia-siakan nikmat yang diberi dengan sewenang-wenangnya. .
Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu." (Hadis Riwayat Bukhari) .
Marilah bersama-sama menyemai sikap mengambil berat terhadap kualiti kesihatan dalam kehidupan seharian!
Sekian, wassalam.. Berjumpa lagi di tinta akan datang.
Salam sihat, kehidupan bahagia.
(^_^)
Zurin 019-7461589
s4ulegacy@gmail.com
No comments:
Post a Comment