Saturday, 11 April 2015

Dealer Punca Berat Tidak Turun!

Assalammualaikum dan selamat pagi..

Membaca tajuk yang saya tulis pasti menimbulkan tanda tanya kepada pembaca. Lebih-lebih lagi ianya agak 'sentap' untuk mereka yang bergelar 'dealer' termasuklah saya.

Walau bagaimanapun, itu satu hakikat yang sering berlaku di depan mata kita, malah kita juga mungkin pernah melakukan hal yang serupa, membiarkan pelanggan tanpa sebarang 'follow up' atau dalam istilah yang lebih kronik 'lepas tangan'.

Jika anda sedang bermain layang-layang adakah menjadi kebiasaan untuk anda memutuskan talinya?

Pasti anda akan menjawab 'sudah tentu tidak'. Mengapa?

Sebab utama anda berusaha untuk melihat layang-layang itu melayang lebih tinggi, setinggi-tinggi semahunya. Kalau diputuskan tali dengan sengaja layang-layang akan hilang dan jatuh di mana-mana sahaja.

Jadi, hal yang sama juga berlaku dengan pelanggan, jangan putuskan hubungan selepas akad jual beli selesai. Anda mungkin dapat untungnya saat itu, tapi jangka panjangnya anda akan jauh 'kerugian'.

Itulah realitinya dalam bisnes online pada masa ini.

Pasti ramai yang bertanya, "mengapa pula akan rugi untuk jangka masa panjang?"

Jawapannya mudah, untuk mengekalkan layang-layang tinggi di udara, orang yang memegang talinya perlu sabar dan bijak. Adakala, kita meregang, adakala kita menariknya. Itu satu obligasi dalam permainan layang-layang. Jika anda patuh kepada disiplin regang dan tarik dengan sabar serta bijak, percayalah permainan anda akan jauh lebih lama berbanding yang lain.

Begitu juga halnya jika anda mempunyai pelanggan. Pastikan anda tidak memutuskan hubungan. Anda bertanggungjawab untuk memantau dan bertanya khabar perkembangan semasanya, malah adalah lebih baik jika anda memberi tunjuk ajar cara pemakanan suplemen dengan tepat dan sabar.

Satu contoh situasi yang benar-benar berlaku. Seorang pelanggan mengadu dengan saya kerana berat badan beliau tidak turun walaupun sudah mengambil suplemen tertentu lebih kurang TIGA BULAN,malah berat bertambah. Itu sesuatu yang agak mustahil bagi saya dan agak pelik. Bila saya melakukan perundingan secara mendalam, bertanyakan dari banyak aspek, akhirnya saya dapat mencari puncanya. Dealer membiarkan beliau tanpa memberi penerangan kaedah pengambilan suplemen yang betul.

Jika saya dapati dealer itu datangnya daripada group saya, siap sedia untuk 'dicuci' telinga. Nak untung bukan dengan cara yang salah. Pelanggan mesti dihormati, pelanggan memerlukan bimbingan yang betul. Alasannya mudah, kita juga ialah pelanggan. Adakah anda suka diperlakukan sebegitu?

Tepuk dada tanya selera.

Ingin jadi dealer yang baik, mesti buat yang terbaik!

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.
Terima kasih

Mentor Shaklee Terbaik Anda
Azmee 0134234220
Zurin 0197461589

:-) :-) :-)

No comments:

Post a Comment