Wednesday, 8 April 2015

Wabak Taun (Cholera)

Sejak dua tiga hari lepas sahabat-sahabat di kampung halaman nun jauh di Sabah mengkhabarkan satu berita mengenai serangan wabak taun.!

Itu sesuatu yang mengejutkan! Sebab sudah agak lama wabak itu tidak menyerang manusia khususnya di daerah Beluran, Sabah. Menurut sahabat saya, pesakit juga kian bertambah dan jika jumlahnya meningkat pihak hospital akan menggunakan dewan serbaguna untuk menempatkan mangsa wabak.! MasyaAllah! Dugaan yang berat.

Berdasarkan maklumat yang saya terima juga ada menyatakan bahawa kebanyakan mangsa wabak tersebuy datangnya dari kawasan pedalaman sugut, satu daerah kecil yang jauh daripada sumber air paip. Boleh dikatakan 99% menggunakan alternatif menadah air hujan. Jika mereka yang duduk berhampiran sungai maka air sungai dijadikan sumber air harian.

Menimbang semula senario kehidupan masyarakat ini, saya dapat menyimpulkan sesuatu (sekadar pandangan peribadi) bahawa wabak taun menjangkiti pesakit melalui air! Mengapa?

Sebelum mengupas lebih jauh, moleknya pembaca mengetahui dahulu apa sebenarnya wabak taun. Taun juga dikenali sebagai cholera. Dan lazimnya penduduk kampung saya memanggilnya dengan nama Kolera. Taun adalah penyakit bawaan air dan makanan. Bakteria vibrio Cholera merupakan agen yang bertanggungjawab berlakunya wabak taun. Ia mudah berjangkit melalui air dan makanan yang tercemar akibat muntah atau najis manusia dan lazim berlaku di kawasan-kawasan yang tidak memiliki sumber air bersih atau tandas yang tidak sempurna.

Jika berbalik semula kepada kesimpulan awal di atas, jelas berkemungkinan mangsa yang dijangkiti wabak taun menggunakan air atau makanan yang tercemar.

Simptom lazim apabila dijangkiti wabak ini ialah cirit-birit jika ianya berlaku di peringkat awal. Di peringkat yang lebih teruk boleh menyebabkan muntah-muntah dan dehidrasi. Jika berlarutan boleh membawa maut!!!

Jadi, langkah awal mesti diambil.

Ada dua perkara yang mesti diambil berat.

Yang pertama langkah pencegahan. Iaitu dengan memastikan air dan makanan yang kita ambil bersih serta bebas daripada sebarang bahan cemar berbahaya ( seperti yang saya sebutkan di atas iaitu muntah,najis manusia dan tandas yang tidak sempurna ).

Yang kedua ialah rawatan. Jika simptom cirit-birit berlaku, pastikan dapatkan rawatan dengan kadar segera. Banyakkan minum ORS dan antibiotik ( dengan nasihat doktor ). Mengambil performance Drink Shaklee juga sangat bagus. Ianya mampu rehidrasikan tubuh dan membekalkan tenaga berpanjangan.

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda.

Mentor Shaklee Terbaik Anda
Azmee 0134234220
Zurin 0197461589

No comments:

Post a Comment