Thursday, 25 December 2014

Makanan Punca Resdung!

Tidak hairanlah jika ada yang mengatakan bahawa 'makanan punca penyakit'! Jika kita tidak berani membuka ruang fikiran tentu saja kita menafikannya kerana kita sudah pun terbiasa ( dalam bahasa yang lain kita sudah terbudaya ) dengan makanan-makanan itu sedari kecil.

Semoga perkongsian ini memberi pengetahuan kepada anda seterusnya dapat menyelesaikan masalah resdung anda secara berperingkat-peringkat.

Terdapat banyak punca yang menyumbang kepada masalah resdung dan salah satu yang utama perlu diambil berat ialah mengenai 'makanan'.

Saya begitu yakin semua orang 'pasti' makan. Kenyataan ini juga saya yakin anda memang bersetuju. Namun, itulah sebenarnya yang agak membimbangkan kerana ramai yang suka makan apa saja dalam masa yang sama ramai juga yang tidak tahu fakta-fakta mengenai kesihatan makanan diambil.

Saya juga begitu malah tidak tahu pun apa yang dimaksudkan dengan istilah 'allergik makanan'. Bila tekak rasa sedap belasah je makanan yang ada. Dan begitulah setelah berbelas-belas tahun! dahsyat! Sungguh dahsyat!

Mengapa?
Sebab sepanjang masa itulah saya mengambil makanan yang mengandungi tahap histamine yang tinggi.!.

Sangat mengejutkan. Bukan saja saya malah anda yang baru membaca perkongsian ini.

Apakah makanan yang boleh menyebabkan seseorang allergic?

Sebelum menghurai lebih panjang saya ingin menyatakan bahawa Histamine yang terkandung dalam makanan adalah penyebab anda allergik. Selain makanan laut, telur, coklat dan kekacang yang lainnya juga mengandungi histamine tetapi kandungannya tidak terlalu tinggi. Walau bagaimana pun beberapa situasi boleh menjadikan kandungan histamine dalam makanan itu meningkat.

Umum ketahui bahawa semua jenis makanan laut, kekacang dan telur boleh menyebabkan allergik. Malah dari sudut kajian saintifiknya juga mengesahkan bahawa makanan laut memang menjadi punca utama kepada masalah itu. Ini kerana kandungan histaminenya sangat tinggi berbanding makanan lain. Sebab itu, pesakit yang sering mengalami eczema, athma, resdung, dan psoriasis tidak digalakkan mengambil makanan laut secara kerap dan dalam kuantiti yang banyak.

Apabila sedar mengenai fakta ini, barulah saya tahu bahawa athma dan resdung yang saya alami berpunca daripada makanan yang saya ambil. Apa tidaknya keluarga saya penggemar makanan laut, kekacang dan telur!

Mengenangkan apa yang telah saya makan sejak berbelas tahun mengandungi banyak histamine tidak hairanlah jika athma dan resdung tiada jalan penyelesaiannya.!

Tidak cukup dengan penjelasan itu, saya sendiri telah membuat sedikit kajian mengenai histamine ( kajian peribadi..hanya melalui pembacaan dan pengalaman yang diperolehi daripada doktor yang khusus dalam ENT ).

Di awal perkongsian tadi saya ada menyebut tentang semua makanan mengandungi histamine yang sedikit. Namun meningkat mengikut situasi.

Hal ini memang benar. Contohnya daging yang kita makan juga mengandungi histamine yang rendah. Namun tahap histaminenya akan meningkat apabila daging tersebut disimpan lebih lama di dalam stor atau peti ais. Hal ini terjadi disebabkan oleh pengumpulan biogenic amines dalam daging itu sendiri. Jadi semakin lama anda menyimpannya maka semakin tinggi kandungan histamine nya.

Antara contoh makanan yang mengandungi histamine ialah

- alkohol
- ikan yang diperam / kicap berasaskan ikan
- pizza yang mengandungi sosej yang dibakar
- daging yang diproses dan disalai
- sayur-sayuran yang diperam
- sayur-sayuran yang ditinkan
- beberapa jenis buah-buahan seperti strawberi, betik, pisang, nenas, mangga, anggur.
- kacang pea, cashews dan walnut
- kicap soya, tomato dan cili
- keju
- mustard
- coklat
- coffe/ black tea
- beberapa jenis ubatan.

Namun demikian, tidak semua orang mengalami allergik. Walau bagaimana pun kita perlu berhati-hati dalam pengambilan jenis makanan.

Shaklee menawarkan set bagi MEMBANTU mengatasi dan mencegah resdung secara total. Vitamin semulajadi Shaklee semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia kerana keberkesanan dan keselamatannya. Malah anda boleh melihat puluhan ribu testimoni mengenai set resdung shaklee yang menyatakan keberkesannya.

Jom jaga kesihatan diri dan keluarga.

Anda sihat, keluarga bahagia.

Dapatkan set resdung anda daripada kami.

En. Azmee 013-423 4220 ( wassap/wechat/telegram/sms)
Pn. Zurin 019-746 1589 (wassap/wechat/telegram/sms)
atau boleh menghantar emel ke
s4ulegacy@gmail.com
:-) :-) :-)

RESDUNG KULAT?

Pasti anda tertannya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan Resdung Kulat. Saya juga begitu. Namun setelah membaca artikel yang ditulis oleh seorang doktor, barulah saya faham. Dan berharap agar perkongsian ini memberi pencerahan kepada kekaburan mengenai apa yang dimaksudkan dengan Resdung Kulat.

RESDUNG ialah sejenis penyakit hidung yang terjadi akibat radang pada membran sinus. Sinus ialah rongga dalam tulang muka yang mengandungi udara dan permukaannya diseliputi mukosa  iaitu kulit yang mengeluarkan mukus atau hingus.

(saya pernah menulis mengenai maksud sebenar resdung dalam post sebelum ini berdasarkan penulisan seorang doktor pakar ENT)

Mukosa mengeluarkan hingus dalam keadaan biasa (fisiologikal) dan hingus ini mengalir keluar dari sinus melalui lubang kecil dinamakan ‘ostium’ ke dalam rongga hidung. Apabila ‘ostium’ tersumbat, hingus terkumpul dalam sinus dan keadaan ini mengundang kehadiran kuman yang akhirnya boleh membawa kepada terjadinya resdung.

Resdung boleh disebabkan virus, bakteria atau kulat (fungus). Semakin banyak kes resdung kulat dijumpai akhir-akhir ini, baik pada pesakit biasa atau mereka yang ada kompromi imuniti (ralat sistem pertahanan badan).

Penemuan Klinik Mayo pada 1999 mendapati, ada kulat pada 96 peratus pemeriksaan sampel hingus dari sinus pesakit sinusitis kronik. Ini bermakna ramai daripada pesakit sinusitis kronik mempunyai resdung kulat atau penyakit itu menjadi pemula kepada resdung kulat. Satu kumpulan lagi pesakit yang kerap mengidap resdung kulat ialah mereka yang ada polip hidung.

Bagaimana ia terjadi?
Ketika bernafas, setiap orang menghidu masuk ke dalam hidung berjuta spora fungus setiap hari (dianggarkan 57 juta spora sehari). Bagaimanapun, spora ini tidak dapat membiak dalam hidung atau paru-paru yang segar dan sihat.

Mukosa hidung dilengkapi sistem pertahanan tertentu untuk melawan fungus atau bakteria. Apabila berlaku ralat dalam sistem imuniti setempat atau umum, spora fungus dapat membiak sehingga menyebabkan resdung kulat.

Besar kemungkinan spora fungus tersedut ke dalam rongga sinus ketika bersin atau menghembus hingus dengan kuat. Secara tepat bagaimana proses ini terjadi tidak difahami sepenuhnya.

Apa kesannya kepada hidung dan badan?
Spora dalam rongga sinus akan membiak dan mula memberi kesan buruk kepada sinus. Kewujudan fungus membawa kepada beberapa reaksi kimia dan pemprosesan Major Basic Protein (MBP) yang berperanan membunuh fungus, tapi dalam masa sama memudaratkan mukosa dan membenarkan prolifirasi atau pembiakan bakteria.

Ada beberapa jenis sinusitis kulat, tetapi ia boleh dibahagikan kepada dua entiti utama, iaitu:

1. Jenis yang menyerang struktur sekeliling (invasive). Ini lebih berbahaya. Satu entiti dipanggil fulminant fungal rhinosinusitis mampu merebak cepat hingga ke otak dan mengakibatkan kematian dalam masa singkat.

2. Jenis ini terjadi pada kes diabetes tidak terkawal dan pesakit kurang ketahanan badan. Penyakit jenis ini menyerang pembuluh darah.

3. Jenis yang tidak menyerang struktur sekeliling (non-invasive). Contohnya ialah mycetoma (bebola kulat), allergic fungal sinusitis.

Siapa yang boleh terkena jangkitan?
Penyakit ini boleh berlaku kepada sesiapa saja dan tidak tertumpu kepada mereka yang ada ralat imuniti umum, pesakit diabetis atau pesakit kronik saja.

Ia lebih membabitkan orang dewasa dan sangat jarang berlaku kepada kanak-kanak. Kerapkali pesakit adalah mereka yang diketahui ada resdung dan sudah melakukan beberapa pembedahan hidung sebelumnya, tetapi penyakitnya tetap berulang. Sinus yang paling kerap terbabit ialah sinus maksila.

Simptom kulat resdung
Pesakit mengalami simtom seperti sinusitis bakteria seperti:

- Hidung berhingus, terutama ada benda hitam dalam hingus

- Hidung tersumbat

- Sakit kepala

- Keletihan dan badan rasa kurang sihat

- Batuk kronik

- Selalunya pesakit juga ada sinusitis yang tidak baik dengan rawatan antibiotik bahkan surgeri; ada sinusitis sebelah (unilateral), mengalami kerosakan pada tulang sinus (dapat dilihat melalui ujian imbasan Computer Tomography (CT) sinus) dan pesakit pernah mengeluarkan hingus terlalu pekat atau mempunyai tompokan hitam atau menyerupai keju.

Pemeriksaan
Pesakit memerlukan pemeriksaan endoskopi hidung. Pemeriksaan mungkin menampakkan ketulan hitam, hingus sangat pekat dan polip. Kajian lain yang diperlukan untuk mengenalpasti penyakit ialah kultur kulat atau pemeriksaan histology cecair dari sinus.

Imbasan CT pula akan menunjukkan penemuan spesifik seperti kelompok putih (tumpat) atau pembabitan tulang sinus. Ujian ‘magnetic resonance imaging’ (MRI) pula dapat memberikan gambaran radiolojikal yang spesifik mengenai kewujudan penyakit.

Bagaimana ia dirawat?
Rawatan diberikan bergantung kepada kategori dan tahap penyakit. Misalnya bagi jenis ‘invasive’, rawatan segera diperlukan, termasuk pembedahan untuk membuang tisu terbabit, penggunaan ubat antikulat secara sistemik dan membetulkan sistem badan seperti tahap gula.

Dalam memberi rawatan, keadaan keseluruhan pesakit perlu dipertimbangkan. Bagi sinus yang ada bebola, fungus rawatannya ialah pembedahan sinus (termasuk secara endoskopik) tetapi ubat antifungus sistemik tidak diperlukan. Perlu ingat, ubat antifungal sistemik ada banyak kesan sampingan.

Bagaimana kesudahannya?
Oleh kerana penyakit resdung kulat ada pelbagai jenis, maka tahap kesudahan dan perkembangan penyakit ini juga berbeza. Tanpa rawatan, penyakit ini akan menyebabkan simptom disebut di atas seperti sakit muka, hidung berhingus, sakit kepala, hidung tersumbat dan badan terasa kurang sihat.

Setelah dirawat, sama ada dengan ubat atau pembedahan, penyakit boleh menjadi baik atau berkurangan. Bagi jenis bebola kulat, pembedahan selalunya memberi banyak kebaikan. Bagi jenis ‘invasive’, kesudahannya selalunya mendukacitakan.

Apa perlu anda lakukan?
Ramai pesakit resdung kulat tidak menyedari mereka ada penyakit itu. Jika anda ada simptom yang disebutkan di atas, anda perlu mendapatkan pemeriksaan segera daripada Pakar Telinga, Hidung dan Tekak. Rawatlah penyakit sebelum ia menjadi lebih teruk.

Oleh DR MOHAMAD HAMZAH - Penasihat Pembedahan Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu

( penulisan Dr Mohamad Hamzah )

Semoga perkongsian ini memberi informasi dan cara untuk mengatasi juga mencegah diri daripada masalah resdung.

Credit to Dr Mohamad Hamzah.

Wednesday, 24 December 2014

Kisah buatmu Faid!

Part 1

Muhammad Faid bin Azmee
28.03.2014
3.48am
2.86kg
Hosp Batu Pahat,Johor

Alhamdulillah,
lahirlah anugerah Allah kepada kami
cahaya mata pertama..

Rasa gembira yang teramat
Melihat si kecil yang kubawa selama 9 bulan 15 hari ini
hehehe faid lebih hari
sedap duduk dalam perut ibu agaknya..

Allah maha hebat
Allah maha besar
sempat pergi temuduga dulu
nanti ibu flashback cerita ya sayang..

Disaat melahirkan kamu
anugerah terindah yang tak dapat ibu lupakan
Abah menemani ibu menyaksikan saat kamu lahir ke dunia..
semua tersnyum tatkala mendengar suaramu yang kuatt

Allah!!
Alhamdulillah faid comell
mahu ibu lakarkan kisah disini
agar dah besar nanti kamu boleh membaca coretan ini sendiri..

Moga membesar jadi anak yg soleh ye sayang!
Penyejuk mata ibu dan abah
Pejuang agama jua pembantu ummah.manusia..
Aaminn

Faid semasa lahir :-)

Keluargaku Syurgaku

Ya Allah
siramilah keluarga kami dengan limpahan rahmat dan inayah dariMu
Bajailah rumahtngga kami ini dengan sakinah juga mawaddah dariMu

Ya Rahim
sulamilah kami dalam nikmat berkasih sayang
pandulah kami dijalan agamamu
pimpinkanlah kami agar tidak tersasar dari syriatMu

Ya Mujib
perkenakanlah segala doa kami
bantulah kami mencorak anak2 anugerah amanah dariMu
anugerahkan kami nilai2 mahmudah dalam diri
agar bisa anak2 syurga kami mencontohi tauladan yang baik .

Ya rahman,
sesungguhnya aku menyayngi keluarga ini
baiti jannati
pimpinkanlah kami semua bersama2 menuju ke pintu syurga..
aamiinn
:-) :-) :-)

Jom bebas berkaca mata !

Pandangan terbatas?
Tidak selesa berkaca mata?
Cntclens punca kanser mata?
Power rabun makin tinggi?
#################

Awas....
jangan sampai anda menyesal
mata anugerah tidak ternilai
makin up power petanda anda makin rabun terukk
ada kemungkinan mnjadi buta??

Jom selesaikan masalah anda dengan CARATOMAX

Banyak kelebihan caratomax..
memang hebat dan superbbb
mahu memcubanya
boleh pm saya
Pn.Zurin
019-7461589

pray for them

Ya Allah,
hentikan air hujanmu
sedutlah air di bumimu
kerana
mereka dalam kesusahan
tiada tempat perlindungan
hanya padamu ya rabb kami merayu
tuhan sekalian alam..

ya Allah,
kasihanilah mereka
ampunkanlah dosa kami semua
andai ini ingatan pada kami
kami redha duhai tuhan
namun bantulah saudara kami disana
sesunggunya Engkau maha pengasih,maha penyayang juga maha mengetahu segalanya
aaminn

��������

BABY WEARING

Alhamdulillah syukurr
lama dah mencari cari ssc yang terbaik buat faid
.
.
.
.
tadaaa

ergo baby carrier
pilihan faid..
suka dia..
tq my husband ❤❤❤

happy babywearing semua!����

SUKAR MENURUNKAN BERAT BADAN?

RAMAI yang mengeluh kerana berat badan susah untuk turun. walaupun sudah mencuba bermacam-macam teknik namun masih menemui jalan buntu. penulisan saya sebelum ini pernah mennyentuh mengenai punca obesiti yang mana fokusnya lebih umum. Namun penulisan kali ini fokus kepada masalah yang lebih spesifik dan punca yang lebih detail mengenai lebihan berat badan.
Tidak dapat dinafikan begitu banyak faktor utama mengapa seseorang sukar menurunkan berat badan. Malah ada yang berputus asa. Di sini saya akan membongkar apakah point utama yang menyumbang dalam masalah sukar menurunkan berat badan.

PUNCA BERAT BADAN SUKAR TURUN.

Pengambilan air soda
Soda memang sinonim dengan minuman yang mengandungi banyak kandungan gula. Dalam segelas minuman soda terdapat sebanyak 65 kalori. Walaupun begitu, kalori tersebut tidak menjadikan perut anda kenyang Jadi walaupun anda mengambil soda, keinginan anda untuk makan dalam kuantiti yang banyak tetap ada. Jika anda mengambil 2-3 gelas soda sehari, mungkin berat badan anda bertambah hingga 30% dari biasa

Kurang tidur punca berat badan naik
Kurang tidur Tidur kurang dari 5 jam sehari mempengaruhi minda anda dan sekaligus mengawal keinginan untuk makan malam. Jadi semakin sikit masa anda tidur, semakin banyak masa anda makan

Tidak bersarapan
Seseorang yang melambatkan sarapan, berisiko 4 kali ganda lebih tinggi dari mereka yang mengambil sarapan untuk mendapat penyakit obesiti Dengan membiarkan perut kosong pada waktu pagi ia akan melambatkan metabolisme badan dan menahan rasa lapar dan sekaligus menyebabkan anda makan banyak pada waktu tengahari

Makan terlalu cepat
Kunyah makanan perlahan-lahan. Ini tidak, kalau makan berkenaan terlalu sedap, kita kunyah bukan main cepat lagi, adakala itu tak sempat kunyah sudah telan terus Jika anda kunyah makanan anda perlahan-lahan, anda akan mengambil lebih sedikit kalori setiap kali anda makan. Sekurang-kurangnya masa selama 20minit diperlukan untuk perut mendapat isyarat dari otak bahawa anda sudah kenyang

Kurang minum air putih
Dalam kajian, seseorang yang menjalani diet dan minum 2 gelas air sebelum makan akan membuatkan berat badannya kurang 30% lebih banyak berbanding mereka yang tidak minum

Berkawan Dengan Mereka Yang Sama Berat Badan
Kajian di dalam New England Journal Of Medicine menunjukkan bahawa seseorang itu lebih cenderung untuk menjadi obesiti apabila mereka berkawan dengan orang yang ada obesiti Itu tidak bermaksud anda tidak boleh berkawan dengan mereka yang berbadan besar. Tetapi gaya hidup dan pola pemakanan kawan sangat mempengaruhi Jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi, ajaklah kawan pergi bersenam dan amalkan pola pemakanan sihat

Makan Ketika Tertekan/Stress
Ketika stress, ada diantara kita lebih gemar makan makanan manis untuk membantu hilang stres. Jadi ketika keinginan makan makanan manis tu datang ketika stres, alihkan fikiran dengan melakukan aktiviti senaman ataupun tidur. Aktiviti senaman amat baik untuk badan dan membuatkan fikiran anda lebih baik

Kurangkan Pengambilan Karbohidrat
Dengan pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti mi, nasi putih dapat meningkatkan hormon serotinin yang menyebabkan anda ingin makan lagi? Jadi gantikan karbohidrat sederhana dengan karbohidrat kompleks seperti beras perang atau oatmeal

Makan Dengan Potongan Yang Besar Seseorang yang makan dengan potongan yang besar boleh menambah kalori di badan mereka sebanyak 50% berbanding dengan mereka yang mengambil potongan kecil dan kunyah perlahan-lahan

Malas Bersenam
Walaupun anda telah mengurangkan pengambilan makanan , tetapi mungkin tidak dapat mengecilkan bahagian pinggang anda yang berlemak tanpa senaman Kesimpulannya badan akan lebih cepat berisi apabila anda malas bersenam

Makan Lewat Malam
Mengikut kajian Journal Obesiti, seseorang yang makan selepas jam 8 malam akan mendapat lebih banyak kalori. Jadi jika keinginan anda untuk makan tengah malam itu menggila, carilah makanan yang mempunyai kandungan gula dan lemak yang rendah Seperti susu rendah lemak, air masak, buah-buahan ke ataupun roti oatmeal

KAEDAH MENURUNKAN BERAT BADAN DENGAN SHAKLEE

Phytocol ST Berfungsi untuk menyerap kolesterol dalam makanan secara berkesan. Ini bermakna walaupun anda makan berat dan mengambil phytocol kadar kolesterol hampir tiada. Phytocol sangat sesuai diambil bagi mereka yang ingin berusaha menurunkan berat badan secara effisien.

Omega Guard Berfungsi untuk membakar lemak dan kolesterol di dalam perut dan saluran darah. sekaligus membersihkan saluran darah daripada 'plak' kolesterol.

Lechitin Berfungsi untuk memecah dan membakar kalori berlebihan di dalam badan serta meningkatkan kadar metabolisme untuk pembakaran tenaga berlebihan.

ESP Berfungsi untuk melapisi dinding usus agar usus kurang melakukan penyerapan karbohidrat. Juga mengelakkan badan menggeleber apabila lemak terbakar.

Cinch Direka khusus untuk meningkatkan metabolisme badan ketika aktif mahu pun tidur BSL.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Set Turun Berat Badan Shaklee boleh berhubung terus dengan En. Azmee 013-423 4220 ( wassap/wechat/telegram/sms)
Pn. Zurin 019-746 1589 (wassap/wechat/telegram/sms)
atau boleh menghantar emel ke
s4ulegacy@gmail.com
Terima Kasih :-) :-) :-)

Special Credit To MySumber.
Pautan sumber : http://www.mysumber.com/keluhan-wanita-kenapa-berat-badan-susah-turun-dan-punca.html#ixzz3Lps3ouGf

OBESITI PEMBUNUH PAKEJ DI ZAMAN INI

BILA memperkatakan mengenai penjagaan berat badan sudah pasti kaum hawa lah yang akan 'mencuri' dengar terlebih dahulu.
Jika begitu, saya ucapkan TAHNIAH!. Kerana keinginan menurunkan berat badan akan menjauhkan anda selangkah meninggalkan dunia 'kehancuran'.

Tetapi, bagi mereka yang belum cakna mengenai obesiti, mungkin perkongsian ini membantu ANDA.

Apakah itu Obesiti?
Secara mudahnya, obesiti ialah keadaan di mana berat badan tidak ideal dengan ketinggian seseorang (berat melebihi ketinggian). Untuk menentukan sama ada anda mengalami obesiti, gunakan formula BMI (Body Mass Index). (anda boleh mengira BMI anda di ruang BMI dalam blog ini)

PUNCA - PUNCA OBESITI
Gaya Pemakanan.
Orang ramai terutamanya golongan remaja gemar mengambil makanan segera. Memilih makanan segera sebagai satu diet utama menjadi salah satu 'trend' yang mesti diikuti dalam kehidupan seharian golongan ini. ANDA perlu tahu bahawa kebanyakan makanan segera yang ada di pasaran mengandungi lebih garam, gula tiruan berlebihan, perasa tiruan (monosodium glutamate), dan minyak berlebihan.

Kurang Melakukan Aktiviti Riadah.
Tidak dapat dinafikan kehadiran pelbagai 'gajet' seperti telefon pintar menjadikan seseorang individu jarang melakukan aktiviti luar rumah. 'Segala-galanya di hujung jari', dari akses maklumat ke aktiviti perbankan malah aktiviti 'bersosial' semua dilakukan di dalam rumah. Seterusnya, situasi sebegini menjadikan individu tersebut pasif dan tidak berminat melakukan aktiviti luar rumah.

Ilmu Kesihatan
Ramai penduduk negara ini kurang peka terhadap ilmu kesihatan. Ketidakpekaan sebegini menjadi satu 'perangkap samar' dalam menjalani kehidupan seharian. ANDA perlu peka dengan KANDUNGAN kolesterol makanan yang anda ambil. Kerana kolesterol yang berlebihan menjadi punca utama berlakunya obesiti.

Ibubapa
Ketidakpekaan ibu bapa dalam penjagaan kesihatan menjadi salah satu faktor penyumbang kepada berlakunya obesiti. Ibu bapa sering membiarkan anak-anak mengambil bermacam-macam jenis makanan ringan dan makanan segera. Hal ini juga menjadi pencetus yang lazim dalam obesiti.

Langkah Mengatasi  Dan Pencegahan Obesiti
- Banyakkan aktiviti riadah luar rumah. - Bersenam 3 kali seminggu.
- Kurangkan pengambilan makanan berkolesterol tinggi.
- Pengambilan Suplemen (membantu proses penurunan berat badan & pengekalan berat badan ideal)
- Banyakkan berjalan kaki.

Langkah Penurunan Berat Badan& Pengekalan Berat Badan Ideak Melalui Pengambilan Suplemen Shaklee.

Omega Guard
Berfungsi untuk membakar lemak dan kolesterol di dalam perut dan saluran darah. sekaligus membersihkan saluran darah daripada 'plak' kolesterol.

Lechitin
Berfungsi untuk memecah dan membakar kalori berlebihan di dalam badan serta meningkatkan kadar metabolisme untuk pembakaran tenaga berlebihan.

ESP
Berfungsi untuk melapisi dinding usus agar usus kurang melakukan penyerapan karbohidrat. Juga mengelakkan badan menggeleber apabila lemak terbakar.

Cinch
Direka khusus untuk meningkatkan metabolisme badan ketika aktif mahu pun tidur BSL.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Set Turun Berat Badan Shaklee boleh berhubung terus dengan

En. Azmee 013-423 4220 ( wassap/wechat/telegram/sms)
Pn. Zurin 019-746 1589 (wassap/wechat/telegram/sms)
atau boleh menghantar emel ke
s4ulegacy@gmail.com

Terima Kasih :-) :-) :-)

ATASI RESDUNG DENGAN VITAMIN SHAKLEE

Ramai yang terkeliru dengan maksud resdung! Bila simptom-simptom seperti kerap bersin, sakit kepala berlaku terus dirujuk sebagai resdung. Ya mungkin betul jika diambil sebagai umum. Akan tetapi maksud sebenar resdung lebih merujuk kepada penyakit yang ada kaitan dengan hidung. Jadi jika anda mengatakan anda resdung sebenarnya rujukan itu masih kabur dan tidak jelas.

Saya begitu tertarik dengan penjelasan yang diutarakan oleh Doktor Nordin mengenai tafsiran resdung oleh golongan masyarakat kita. Berdasarkan apa yang saya perolehi daripada penjelasan itu maka saya juga baru memahami konsep sebenar apa yang lazim dikatakan resdung.

Resdung merupakan istilah umum bagi segala penyakit yang ada kaitan dengan hidung. Secara asas, terdapat dua jenis penyakit hidung yang sering dirujuk dalam kalangan masyarakat.

Pertama iaitu Allergic Rhinitis. Juga dikenal sebagai 'resdung' oleh masyarakat secara lazimnya. AR ini disebabkan sensitiviti hidung terhadap persekitaran, cuaca, habuk, atau ada sejarah keturunan mempunyai penyakit asma. Individu ini mudah mendapat AR. Antara simptom-simptom yang sering dialami oleh mereka yang mengalami AR adalah seperti kerap bersin waktu bangun pagi, hidung  sering ada cecair jernih, sakit kepala, jerawat tumbuh di muka, dan selalunya mata gatal-gatal.

Kedua iaitu Sinusitis. Atau juga sering dirujuk sebagai 'sinus' oleh orang ramai. Tanda-tanda sinusitis boleh dikenal pasti apabila sakit kepala yang teramat sangat, bahagian rongga hidung sakit, dan terdapat bendalir kekuningan bercampur darah. Bila mendapati ada tanda-tanda sebegini anda perlu merujuk kepada doktor yang khusus dalam rawatan hidung. Kerana jangkitan dalam hidung boleh sampai ke otak dan akhirnya boleh mengakibatkan kematian.

Apa kelebihan set resdung Shaklee dalam mengatasi masalah resdung? Terdapat 4 produk utama yang Shaklee cadangkan iaitu vitamin C, Garlic, vitamin E dan Alfalfa. :-)

Vitamin C sangat penting dalam meningkatkan daya tahan badan sekaligus dapat menghentikan bersin. Malah vitamin c penting untuk menghilangkan jerawat yang tumbuh akibat ketidakseimbangan hormon. Selain itu vitamin ini juga penting untuk memusnahkan virus selsema dan juga berfungsi untuk mengurangkan kesan histamine iaitu keradangan yang diakibatkan oleh allergen.

Garlic sangat penting untuk membina sistem imun yang kukuh. Malah garlic memang terbukti secara saintifik berkesan sebagai antibiotik semulajadi yang hebat. Orang yang mengalami resdung sangat memerlukan daya tahan yang tinggi untuk melawan kuman serta menghalang alergi.

Vitamin E pula berfungsi sebagai antioksidan dan juga meningkatkan fungsi imun melawan penyakit juga memperbaiki sakit kepala yang dialami akibat AR.

Zinc complex sangat penting untuk mengatasi masalah resdung. Hal ini kerana zinc berfungsi untuk mempertingkatkan sistem imun dan membantu pengeluaran kelenjar thymus yang menghasilkan T Cells menghalang infeksi penyakit. Malah zinc juga amat berfungsi untuk mengekalkan deria bau.

Jika anda atau keluarga anda memiliki tanda-tanda resdung boleh hubungi saya segera.

Jom ATASI resdung tanpa melalui prosedur rawatan yang mengerikan..

En. Azmee 013-423 4220 @
Pn. Zurin 019-746 1589 @
emel terus ke s4ulegacy@gmail.com

Set Diabetis Shaklee Membantu Pesakit Diabetis.

Sedar atau pun tidak, 8 daripada 10 penduduk Malaysia menghidap Diabetis!

Anda pasti tidak percaya, begitu juga saya. Tapi, pahit atau pun tidak, kita perlu menelan jua kenyataan itu. Mengapa? Sebelum itu saya ingin membawa anda berfikir sekejap mengenai pengambilan gula seharian kita. Mungkin ada yang sedar, mungkin juga ada yang tak sedar, atau mungkin sedar tetapi dah jadi 'budaya'.

Setiap hari, bermula bangun pagi sehingga sebelum tidur, kita banyak mengambil gula. Bangun pagi minum nescafe (campur gula atau susu pekat manis), pukul 11 pagi kawan ajak 'ngeteh' order teh tarik, sampai masa makan tengahari air sirap ais, kawan ajak bincang bisnes kat kedai makan order pula soft drink, waktu petang nak makan kuih muih atau biskut cecah dengan kopi atau teh, sampai waktu makan malam nak air bandung ais.

Apa yang dapat disimpulkan daripada perkongsian itu jelas bahawa kita tidak menyedari pun kuantiti pengambilan gula dalam sehari. Itu sehari, jika sudah bertahun-tahun?..

Maka budaya sebegini yang menjadikan diabetis sebagai 'penjajah' baharu di zaman moden dan serba canggih ini.

Melihatkan situasi yang saya ceritakan itu, maka memang benar jika kajian mendapati 8 /10 rakyat Malaysia menghidap diabetis tanpa disedari atau tidak. Melihatkan situasi diabetis semakin meningkat di zaman ini, Shaklee tampil memberi solusi. Maka set Diabetis dicipta. Malah set ini berjaya menurunkan paras gula dalam darah secara konsisten sehingga ke tahap NORMAL!. Set diabetis Shaklee mengandungi Vivix, zinc complex, B complex, dan alfalfa sangat berkesan mengatasi mereka yang mengalami diabetis.

Vivix 'ibu vitamin' yang direka khas untuk pelbagai fungsi dalam mengatasi diabetis secara total. Dan sangat sesuai untuk membantu pesakit diabetis yang kronik sembuh.

Zinc complex pula berfungsi untuk membantu penghasilan insulin dan pemulihan luka. B complex pula sangat bermanfaat dalam metabolisme dan pembebasan tenaga. Iaitu vitamin ini membantu lebihan gula dalam badan untuk ditukarkan ke dalam bentuk tenaga.

Alfalfa Complex pula memiliki kelebihan yang hebat dalam membantu proses penyembuhan diabetis. Hal ini kerana Kromium (GTF) yang terkandung di dalamnya membantu menstabilkan gula dalam darah.

:-) Jom jaga kesihatan diri dan keluarga.

Kesihatan anda, maka anda yang tentukan. :-) Ingatlah orang yang tersayang. :-)

Ingin mendapatkan set diabetis anda dan konsultasi secara percuma

hubungi
Pn. Zurin 019-746 1589 / 
En. Azmee 013-423 4220
Atau
Emel terus ke s4ulegacy@gmail.com

Terima kasih :-)

Cegah Demam Dengan Vitamin C Shaklee

Ramai di luar sana sudah tahu akan kelebihan-kelebihan produk Shaklee. Malah tidak dapat dinafikan ada yang sudahpun jatuh cinta dengan produk ini :-). Saya juga begitu. Dulu saya juga 50/50 untuk menggunakan Shaklee sebab dah terbiasa dengan ubat-ubatan seperti paracetamol dan chloropheramine. Ada saja tanda-tanda atau simptom-simptom demam cepat-cepatlah saya makan dua ubat ni. Dah sangat terbiasa. Sampai hati ni menganggap itulah cara terbaik cegah atau atasi demam. Sehinggalah isteri memperkenalkan vitamin C ( sustained release 500mg) Shaklee segala-galanya berubah.

Isteri menjelaskan dengan panjang lebar, itu ini pasal punca dan pencegahan demam juga kesan buruk akibat terlalu bergantung dengan paracetamol / sebarang ubat. Saya suka mendengar. Sehingga satu hari muncul tanda-tanda demam, sakit-sakit sendi, tekak rasa tak selesa, terasa sangat sejuk, walaupun cuaca panas, badan tak bermaya (itu tanda lazim bagi saya). Kemudian melihatkan tanda-tanda begitu isteri memberikan saya dua biji vitamin C. Alhamdulillah, sehingga keesokan harinya demam tak jadi! Bila saya melakukan pembacaan, sememangnya tepat. Vitamin C mampu merangsang dan meningkatkan imun badan atau daya tahan badan.

Saya masih ingat penerangan seorang doktor di sebuah klinik swasta yang menjelaskan pasal imun badan. Katanya sebelum pengganas menyerang, kita mesti halang dengan menambah bilangan askar supaya bilangan askar yang ramai dapat menumpaskan pengganas. Saya kira itu satu penerangan yang sangat mudah untuk difahami. Maksudnya kita perlu tingkatkan daya tahan badan supaya tidak diserang demam. Sebab itu, sampai ke saat ini ke mana-mana saja vitamin C Shaklee pasti akan dibawa bersama.

Saya dan semua pasti ingin mengelakkan demam lebih awal. Mencegah lebih baik dari mengubati. Jom dapatkan Vitamin C anda sekarang.

Hubungi Pn. Zurin / En. Azmee di nombor 019-746 1589 / 013-423 4220 @ pm kami di fb http://www.facebook/nurfatimazurin @
http://www.facebook/cikguazmeesarayon

Selangkah Menuju Dunia Sihat :-)

Bismillahirrahmirrahim . . 

Terima kasih kerana sudi berkunjung ke teratak ilmu untuk berkongsi ilmu kesihatan dan kecantikan yang sememangnya menjadi fokus masyarakat pada masa ini. 

Sememangnya kesihatan tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan seharian. Oleh yang demikian, kita harus memilih satu kehidupan yang berkualiti khususnya melibatkan aspek kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. 

Kesihatan dan kehidupan ibarat lagu dan irama. Andai rosak lagu maka pincanglah irama. Begitulah juga hakikat kesihatan dengan kehidupan. Terjejas kesihatan maka hilanglah  kualiti kehidupan. Kesihatan merupakan ANUGERAH terhebat daripada Allah S.W.T kepada hamba-hambaNya. Oleh itu, kita tidak boleh  mempersia-siakan nikmat yang diberi dengan sewenang-wenangnya. .

Rasulullah bersabda, "Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan hak terhadap tubuh badan kamu." (Hadis Riwayat Bukhari) .  

Marilah bersama-sama menyemai sikap mengambil berat terhadap kualiti kesihatan dalam kehidupan seharian! 

Sekian, wassalam..  Berjumpa lagi di tinta akan datang. 

Salam sihat, kehidupan bahagia. 

(^_^)
Zurin 019-7461589
s4ulegacy@gmail.com