Tuesday, 14 April 2015

Teknik Superb Menurunkan Berat Badan Siri 2

Siri 2

Siri lepas saya menekankan satu tips khusus untuk memulakan langkah dalam usaha menurunkan berat badan. Soalannya, sudahkah anda memasang azam yang tinggi?

Tahniah saya ucapkan, saya boleh mengatakan anda seorang yang berani berubah ke arah kehidupan yang lebih baik.

Bayangkan jika anda berjaya bersatu dengan azam anda. Berat badan berkurangan di tahap yang diinginkan, anda pasti gembira dan puas hati dengan situasi itu.

Pada kali ini, saya akan kongsikan satu lagi tips superb yang sangat berkesan untuk menurunkan berat badan.

Tips 2
#Kurangkan Pengambilan Makanan Yang Berkarbohidrat Tinggi.

Berpandukan pengalaman diri, pengambilan makanan berat yang mengandungi karbohidrat mempercepat pertambahan berat badan. Saya pernah bertukar pendapat dengan seorang kawan yang mengajar subjek Biologi. Dia menerangkan bagaimana proses karbohidrat bertukar menjadi lemak. Badan manusia memerlukan karbohidrat untuk menjana tenaga melakukan kerja-kerja seharian. Namun, kita perlu tahu bahawa jika karbohidrat berlebihan akhirnya membentuk lemak dalam badan. Jadi tidak hairanlah jika berat tidak turun walaupun anda mengatakan anda sudah mengurangkan jumlah karbohidrat seharian ( sedangkan dalam tempoh sehari anda sentiasa mengambil karbohidrat berterusan ). Antara contoh makanan yang mengandungi karbohidrat yang tinggi ialah nasi, roti, kek, donut ( yang lazim kita makan ). Gula mengandungi karbohidrat yang tinggi. Jadi bukan setakat makanan, malah minuman juga menyumbang dalam masalah berat badan yang kian bertambah.

Kawan itu mencadangkan untuk mengurangkan pengambilan karbohidrat berlebihan, "nak kurus katanya sehari makan nasi hanya sebesar penumbuk je". Dan selebihnya banyakkan makan makanan berprotein.

Orang selalu kata, makanan berprotein boleh menyebabkan kesan Gout. Sebab itu orang ramai lebih suka makanan berkarbohidrat. Sangkalan itu ada betulnya, dan ada juga yang tak betul.

Sumber protein yang baik adalah daripada daging putih ( yang paling femes ) iaitu ayam. Ikan juga baik, cuma kena pilih-pilih sebab protein daripada makanan laut kebanyakannya boleh menyebabkan asid uric bertambah. ( gout disebabkan oleh asid uric berlebihan ).

Tapi, selalunya orang terkeliru dengan protein baik dan tak baik. Elakkan pening untuk memikirkan protein yang mana satu,Energizing Soy Protein Shaklee diformulasi khusus untuk pelbagai fungsi. ESP dapat membantu anda menurunkan berat badan dengan cepat. ESP tidak mengandungi asid uric maksudnya boleh diambil mereka yang menghidap Gout. ESP juga membekalkan tenaga sama seperti karbohidrat. Bezanya, tenaga ESP tidak menyebabkan lebihan karbohidrat.

Umum kita ketahui, protein juga ada sumber tenaga. Jadi anda hanya perlu mengambil ESP berterusan bagi mengelakkan pengambilan karbohidrat yang berlebihan.

Pengbilan protein juga penting agar badan tidak menggeleber apabila lemak disingkirkan.
Diet saya setiap hari memang melebihkan protein sahaja. Nasi ambil sekali saja,itu pun dalam kuantiti yang sedikit.

Anda perlu tahu bahawa jika protein berlebihan ia dapat disingkirkan melalui perkumuhan. Jadi anda disarankan untuk minum air putih yang mencukupi untuk menyingkirkan lebihan protein di dalam badan.

Makanlah banyak mana pun protein, asalkan anda kerap minum air dan mencukupi, berat anda tidak akan meningkat. Dengan syarat lain, kurangkan sebanyak mungkin pengambilan karbohidrat.

Terima kasih atas kesudian membaca perkongsian ini, semoga ianya bermanfaat dan membantu anda.

Mentor Shaklee Terbaik Anda
Azmee 0134234220
Zurin 0197461589

Sunday, 12 April 2015

Teknik Superb Menurunkan Berat Badan!

Siri 1

Sebut pasal 'menurunkan berat badan' memang sangat menarik kaum hawa khususnya. Namun demikian ada juga kaum adam yang mementingkan berat badan ideal.

Memiliki berat badan ideal memang sangat diidam-idamkan oleh setiap orang. Apa tidaknya bermacam-macam kelebihan dan manfaat yang diperolehi khususnya dari aspek kesihatan.

Umum ketahui bahawa Berat badan ideal dapat dikira melalui BMI ( Body Mass Index ). Saya juga menyimpan jadual kiraan BMI ( sekarang ni mudah dan canggih, kat internet pun ada ). Tujuan saya menyimpan jadualnya untuk memastikan berat tidak bertambah.

Dalam penulisan ini, saya akan kongsikan bagaimana kaedahnya saya menurunkan berat badan dari 76kg ke 69kg. Walaupun perbezaan nampak sedikit, tapi saya berpegang dengan satu prinsip, sikit-sikit lama-lama jadi sikit ( hehe..maaf ubah sedikit ).
Untuk menurunkan berat badan memang sangat susah. Saya pun mengalami situasi yang sama di peringkat awal. Hari ini pasang azam esok banyak godaan makanan. Makanan sedap, jadi makanlah. Musnahlah satu azam. Bila kenyang, tengok perut melalui cermin rasa menyesal. Hal yang sama berlaku berulang kali. Berat pula semakin bertambah sehingga mencecah 76.9kg. Itu petanda buruk bagi saya. Lebih-lebih lagi, bila terbaca artikel mengenai penyakit yang menimpa diri jika obes.

Membaca artikel kesan obesiti memang menginsafkan.

Di sini, saya ingin berkongsi tips superb yang saya sendiri aplikasi untuk menurunkan berat badan.

Tips 1
#Pasang Azam Yang Tinggi

Saya lebih suka guna istilah 'pasang'. Bila pasang kita nampak apa yang sedang kita pasang.  Kalau guna istilah 'tanam' takut-takut azam 'tertanam,terkubur'. Jadi, syarat untuk memasang azam pastikan azam itu dipasang setinggi-tingginya sehingga ia menjadi tembok penghalang untuk kita makan makanan yang tidak sihat contohnya makanan yang mengandungi kadar kolesterol dan karbohidrat yang tinggi. Anda juga perlukan sesuatu untuk mengingatkan diri,mengingatkan anda mengenai azam anda itu. Kaedah yang paling mudah ialah dengan menulis azam tersebut dan TAMPALkan di sudut yang mudah untuk dibaca. Kata-kata satu doa, jika setiap hari anda membaca azam itu, tahniah saya ucapkan sebab anda mula mengukuhkan azam yang dipasang.

Semoga bermanfaat untuk kita semua :-)

Tips seterusnya, tunggu penulisan saya yang seterusnya...

Mentor Shaklee Terbaik Anda :-)
Azmee 0134234220
Zurin 0197461589

Saturday, 11 April 2015

Dealer Punca Berat Tidak Turun!

Assalammualaikum dan selamat pagi..

Membaca tajuk yang saya tulis pasti menimbulkan tanda tanya kepada pembaca. Lebih-lebih lagi ianya agak 'sentap' untuk mereka yang bergelar 'dealer' termasuklah saya.

Walau bagaimanapun, itu satu hakikat yang sering berlaku di depan mata kita, malah kita juga mungkin pernah melakukan hal yang serupa, membiarkan pelanggan tanpa sebarang 'follow up' atau dalam istilah yang lebih kronik 'lepas tangan'.

Jika anda sedang bermain layang-layang adakah menjadi kebiasaan untuk anda memutuskan talinya?

Pasti anda akan menjawab 'sudah tentu tidak'. Mengapa?

Sebab utama anda berusaha untuk melihat layang-layang itu melayang lebih tinggi, setinggi-tinggi semahunya. Kalau diputuskan tali dengan sengaja layang-layang akan hilang dan jatuh di mana-mana sahaja.

Jadi, hal yang sama juga berlaku dengan pelanggan, jangan putuskan hubungan selepas akad jual beli selesai. Anda mungkin dapat untungnya saat itu, tapi jangka panjangnya anda akan jauh 'kerugian'.

Itulah realitinya dalam bisnes online pada masa ini.

Pasti ramai yang bertanya, "mengapa pula akan rugi untuk jangka masa panjang?"

Jawapannya mudah, untuk mengekalkan layang-layang tinggi di udara, orang yang memegang talinya perlu sabar dan bijak. Adakala, kita meregang, adakala kita menariknya. Itu satu obligasi dalam permainan layang-layang. Jika anda patuh kepada disiplin regang dan tarik dengan sabar serta bijak, percayalah permainan anda akan jauh lebih lama berbanding yang lain.

Begitu juga halnya jika anda mempunyai pelanggan. Pastikan anda tidak memutuskan hubungan. Anda bertanggungjawab untuk memantau dan bertanya khabar perkembangan semasanya, malah adalah lebih baik jika anda memberi tunjuk ajar cara pemakanan suplemen dengan tepat dan sabar.

Satu contoh situasi yang benar-benar berlaku. Seorang pelanggan mengadu dengan saya kerana berat badan beliau tidak turun walaupun sudah mengambil suplemen tertentu lebih kurang TIGA BULAN,malah berat bertambah. Itu sesuatu yang agak mustahil bagi saya dan agak pelik. Bila saya melakukan perundingan secara mendalam, bertanyakan dari banyak aspek, akhirnya saya dapat mencari puncanya. Dealer membiarkan beliau tanpa memberi penerangan kaedah pengambilan suplemen yang betul.

Jika saya dapati dealer itu datangnya daripada group saya, siap sedia untuk 'dicuci' telinga. Nak untung bukan dengan cara yang salah. Pelanggan mesti dihormati, pelanggan memerlukan bimbingan yang betul. Alasannya mudah, kita juga ialah pelanggan. Adakah anda suka diperlakukan sebegitu?

Tepuk dada tanya selera.

Ingin jadi dealer yang baik, mesti buat yang terbaik!

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.
Terima kasih

Mentor Shaklee Terbaik Anda
Azmee 0134234220
Zurin 0197461589

:-) :-) :-)

Wednesday, 8 April 2015

Wabak Taun (Cholera)

Sejak dua tiga hari lepas sahabat-sahabat di kampung halaman nun jauh di Sabah mengkhabarkan satu berita mengenai serangan wabak taun.!

Itu sesuatu yang mengejutkan! Sebab sudah agak lama wabak itu tidak menyerang manusia khususnya di daerah Beluran, Sabah. Menurut sahabat saya, pesakit juga kian bertambah dan jika jumlahnya meningkat pihak hospital akan menggunakan dewan serbaguna untuk menempatkan mangsa wabak.! MasyaAllah! Dugaan yang berat.

Berdasarkan maklumat yang saya terima juga ada menyatakan bahawa kebanyakan mangsa wabak tersebuy datangnya dari kawasan pedalaman sugut, satu daerah kecil yang jauh daripada sumber air paip. Boleh dikatakan 99% menggunakan alternatif menadah air hujan. Jika mereka yang duduk berhampiran sungai maka air sungai dijadikan sumber air harian.

Menimbang semula senario kehidupan masyarakat ini, saya dapat menyimpulkan sesuatu (sekadar pandangan peribadi) bahawa wabak taun menjangkiti pesakit melalui air! Mengapa?

Sebelum mengupas lebih jauh, moleknya pembaca mengetahui dahulu apa sebenarnya wabak taun. Taun juga dikenali sebagai cholera. Dan lazimnya penduduk kampung saya memanggilnya dengan nama Kolera. Taun adalah penyakit bawaan air dan makanan. Bakteria vibrio Cholera merupakan agen yang bertanggungjawab berlakunya wabak taun. Ia mudah berjangkit melalui air dan makanan yang tercemar akibat muntah atau najis manusia dan lazim berlaku di kawasan-kawasan yang tidak memiliki sumber air bersih atau tandas yang tidak sempurna.

Jika berbalik semula kepada kesimpulan awal di atas, jelas berkemungkinan mangsa yang dijangkiti wabak taun menggunakan air atau makanan yang tercemar.

Simptom lazim apabila dijangkiti wabak ini ialah cirit-birit jika ianya berlaku di peringkat awal. Di peringkat yang lebih teruk boleh menyebabkan muntah-muntah dan dehidrasi. Jika berlarutan boleh membawa maut!!!

Jadi, langkah awal mesti diambil.

Ada dua perkara yang mesti diambil berat.

Yang pertama langkah pencegahan. Iaitu dengan memastikan air dan makanan yang kita ambil bersih serta bebas daripada sebarang bahan cemar berbahaya ( seperti yang saya sebutkan di atas iaitu muntah,najis manusia dan tandas yang tidak sempurna ).

Yang kedua ialah rawatan. Jika simptom cirit-birit berlaku, pastikan dapatkan rawatan dengan kadar segera. Banyakkan minum ORS dan antibiotik ( dengan nasihat doktor ). Mengambil performance Drink Shaklee juga sangat bagus. Ianya mampu rehidrasikan tubuh dan membekalkan tenaga berpanjangan.

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda.

Mentor Shaklee Terbaik Anda
Azmee 0134234220
Zurin 0197461589

Sunday, 5 April 2015

Set terbaik buat bakal ibu yang hebat

Ini set kegemaran saya
Set untuk anak tersayang muhammad faid...

Bila kita hamil pasti mahu yang terbaik buat anak kan..
mana ada ibu yang sambil lewa pada pkmbgan anaknya..

nah,
sejak.dalam.perut.lagi ibu mesti menjaga kesihatan dan mendapatkan zat yang secukupnya dalam setiap pemakanan mereka bagi disalurkan kepada anak.

pernah dengarkan
jangan mengambil makanan berasam atau berawet semasa hamil peringkat pertama atau trisemster pertama..
sebab apa?

menurut kajian. otak bayi akan terbentuk dahulu dari anggota badan yanh lain.sebab itu otak memerlukan makanan yang berkhasiat untuk membna neuronw yang baik pada anak..

jadi..
terpulang pada and
jangan salahkan anak bila dah besar jika kurang pandai
jangan bandingkan anak anda dengan orang lain
semuanya berpunca dari tindakan kita
ingats
first action, first result

nur fatimazurin
019-7461589
S4U LEGACY SHAKLEE


Lecithin membantu badan kita

Kepentingan Lecithin Dalam Badan

Hari ini saya nak  bercerita tentang Kepentingan Lecithin Dalam Badan. 




Apa itu lecithin?

  • Lecithin merupakan komponen lemak penting yang diperlukan oleh sel badan kita. Ia boleh didapati di dalam makanan termasuk kacang soya dan kuning telur.Lecithin digunakan sebagai ubat dan juga dalam penghasilan ubat itu sendiri.Sesetengah orang menggunakan lecithin sebagai pelembap yang disapu pada kulit.
  • Lecithin merupakan asas dalam pembinaan sel yang menghalang pengerasan membran sel. Sel yang sihat membentuk tubuh badan yang sihat dan kuat. Membran sel merupakan bahagian kritikal dalam memastikan input dan output nutrisi dalam sel-sel kita. 
  • Memelihara sel adalah sangat penting untuk mengekalkan tahap ketahanan tubuh menentang penyakit yang dapat merosakkan sel. Phospholipids seperti lecithin dihasilkan dalam jumlah tertentu oleh organ-organ utama tubuh kita seperti hati, buah pingggang dan jantung. Ia juga boleh diambil daripada sumber luar.
  • Soy lecithin merupakan satu formula yang popular sebagai supplement bagi mengurangkan tahap kolestrol jahat dan triglycerides. Tambahan pula, soy lecithin meningkatkan tahap HDL yang lebih dikenali sebagai kolestrol baik. Ia juga dapat memberi manfaat kepada pesakit yang sedang dirawat akibat tahap kolestrol yang tinggi.


Kebaikan Lecithin


      1.Kepada jantung dan hati 

  • Sebagai komponen untuk kesihatan jantung, lecithin mengelakkan kerosakan yang berisiko berlaku dari penyakit arteri koronari. Fungsi penting lecithin ialah mengelakkan kolestrol dan lemak yang lain daripada melekat. Ia  memberi manfaat kepada mereka yang cenderung untuk mendapat penyakit jantung
  • Pelincir yang didapati daripada lecithin menghasilkan lapisan yang licin yang menyebabkan lemak yang besar sukar untuk lepasi.Apabila lemak yang besar tidak dapat melepasi kawasan spesifik dalam tubuh kita, ia akan dihantar ke hati untuk proses metabolisme dan ditukar kepada tenaga.
  • Apabila mengamalkan supplement lecithin, peredaran darah dapat ditingkatkan yang mengelakkan berlakunya darah beku dan mengekalkan kesihatan hati. Lecithin juga dapat memberi kesan positif dalam membaiki kerosakan hati yang diakibatkan oleh  pengambilan alkohol atau bahan toksin yang lain.

          2.Terhadap tahap kolestrol


  • Merendahkan tahap kolestrol
  • Soy lecithin telah digunakan bagi merawat pesakit darah tinggi selama berdekad. Ia mengawal peredaran nutrisi masuk dan keluar dari sel dan mengelakkan lemak daripada dibina di dinding jantung, arteri dan otak kita dengan memecah komponen lemak ini.

          3. Terhadap otak

  •  Lecithin telah menunjukkan manfaat bukan sahaja kepada jantung malah mampu memberi faedah kepada otak.Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengamalkan supplement lecithin lebih cenderung untuk mengingati informasi yang spesifik dan meningkatkan keupayaan memori.
  • Nutrisi utama yang terkandung dalam soy lecithin ialah phosphatidylcholine (PC). PC  merupakan antara bahan yang mengelilingi membran sel kita. Tubuh kita memecah PC kepada choline yang sangat dikenali sebagai komponen penting untuk kesihatan otak. Choline sangat penting untuk mengelakkan kehilangan memori terutamanya di kalangan orang tua.



         4.Menurunkan berat badan 




  • Penurunan berat badan yang sihat
  • Lecithin  mempercepatkan pemecahan lemak yang membantu seluruh proses penurunan berat badan serta meningkatkan kadar metabolisma.
  • Lecithin seringkali digunakan secara efektif sebagai diet yang sihat dalam proses menurunkan berat badan.
  • Apa yang paling istimewa ialah oleh kerana lecithin adalah bahan semulajadi, ia membenarkan tubuh badan kita untuk menurunkan berat tanpa bergantung kepada ubat yang mungkin berisiko kepada tubuh kita.





180 biji : RM 52.50
3 biji sekali makan, 2 kali sehari



TEMPAH SEKARANG

Nak Tahu  Lagi  Tentang Produk Shaklee.?



Perlukan Bantuan.?
Hubungi Saya:-
 
Nur fatimazurin binti wahir
019-7461589
S4U LEGACY SHAKLEE


Mengapa pilih Vita-Lea For Children

7 Sebab Vita-Lea For Children Shaklee Menjadi Rebutan Ibu Bapa Dan Anak-Anak DiMalaysia

Vita-Lea For Children dah lebih setahun tiada dalam pasaran. Kini muncul balik buat come back baik punye diawal tahun Januari 2015. Multivitamin kanak-kanak dengan improved formula dari Shaklee terbaik untuk diberikan pada anak-anak yang sedang membesar.



Saiz sebesar bola mate hitam, memang sedap dikunyah!


Kajian terbaru menunjukkan 25% sumber kalori kebanyakan anak-anak ialah dari makanan ringan. Kentang goreng merupakan sumber sayuran no 1 mereka.


Kajian tersebut turut menyatakan kekurangan nutrisi yang berpunca dari pemakanan yang tidak sihat menjejaskan prestasi anak-anak disekolah, mempengaruhi sistem inum, tumbesaran tulang dan perkembangan fizikal mereka.



Dinegara kite sendiri, 9/10 kanak membesar dengan kekurangan nutrisi penting seperti vitamin A, D, kalsium dan zat besi. Mungkin dalam hati kite menafikan yang anak-anak kite termasuk dalam nisbah ini. Atau memang benar anak kita salah seorang dari 9 kanak-kanak yang kekurangan diet yang seimbang.




Terdapat 7 keistimewaan Vita-Lea For Children sehingga amat rugi jika ada anak-anak yang sedang membesar kite tak bekalkan dengan multivitamin ni. Tablet sebesar bola mata anak-anak ini juga mampu menutup lompang-lompang nutrient anak-anak kita. Berikut ialah kelebihan Vita-Lea For Children Shaklee


1. Mengandungi
  • 18 jenis vitamin dan mineral perlu.
  • 100% vitamin A, C, D dan E serta kesemua 8 vitamin B.
  • Kalsium, magnesium, zinc, copper dan pelbagai mineral lain. 

2. Formula yang diperbaharui berbanding yang lama.




3. Menggunakan pemanis semulajadi xylitol yang tidak akan menyebabkan kerosakan gigi.

4. Tidak mengandungi perasa, pemanis dan pengawet tiruan.

5. Bebas gluten, datang dalam perisa anggur yang sangat sedap, anak-anak pasti sukakannya!

6. Multivitamin kanak-kanak terbaik dipasaran, jumlah nutrient lengkap dan memenuhi keperluan tumbesaran anak-anak, penyerapan mudah dan pantas.


Perbandingan Vita-LEa For Children Shaklee dengan multivitamin kanak-kanak jenama lain



7. Sangat sesuai diambil kanak-kanak berusia 4  hingga 12 tahun terutama yang tidak suke makan sayur.





Bayangkan kite bagi anak-anak kite makan semua ni dalam masa sehari ? Mesti sakit perut muntah 3 hari anak kita. Dah jadi masalah lain. Tapi semua ini dah dimudahkan, hanya 2 biji Vita-Lea For Children / sehari. 


Anak-anak kite sudah mendapat bekalan nutrient bagi melengkapkan keperluan nutrisi harian selain daripada makanan yang dimakan setiap hari.


Rebut peluang mendapatkan Vita-Lea For Children dengan harga yang lebih ekonomi, kerana bulan Febuari Shaklee menawarkan promosi Vita-Lea For Chilrden Beli 3 Free 1. Memang berbaloi-baloi dan super jimat.


Ramai yang beli banyak-banyak terus simpan stok, tindakan yang bijak dan pantas kerana kita semua maklum tahun 2015 keadaan ekonomi semakin kritikal, tambahan bulan April akan dilancarkan GST, harga barang confirm naik...


Hubungi saya sekarang untuk konsultasi lanjut tentang pemakanan anak-anak, kami akan cube bantu tuan puan dengan servis berkualiti beserta cadangan produk terbaik memenuhi keperluan anda.

GLA COMPLEX =)

Entri kali ini saya mahu sharing mengenai kebaikan GLA Complex Shaklee. Yang tak pernah dengar GLA ni pasti teruja yang Shaklee juga ada evening primrose oil 


GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Info lanjut mengenai GLA boleh baca di sini.  Kebiasaannya digunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause. Selain itu, GLA Complex ini amat bagus untuk skin texture, skin repair dan buat skin glowing.
Mari kita baca kebaikan GLA COmplex Shaklee :

· Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf. 


GLA boleh diambil oleh lelaki dan wanitaIa sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli. GLA juga mampu menangani masalah kulit kepala berkerak, berkuping, bersisik. Mari lihat testimoni dibawah




Memang bestkan GLA Shaklee ni? Banyak kebaikannya. Jadi bagaimana? Anda mahu GLA atau tunggu dulu... Sampai bila mahu tunggu untuk memiliki GLA? Rugi... rugi...
 
Nurfatimazurin wahir
019-7461589
S4U LEGACY SHAKLEE

SYUKURKAH kita?

Nikmat Allah sangat banyak sehingga tidak dapat dihitung.Jika menghitung pun sudah tidak mampu, apalagi untuk membalasnya. Firman Allah s.w.t., maksudnya: “Jika kamu ingin menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat menghitung.” (Surah Ibrahim 14:34)
Seringkali kita melihat apa yang kita tiada, kita lupa apa yang kita ada. Tengok tubuh yang sempurna, tak perlu Allah ambil balik kepala, kalau Allah ambil balik ibu jari pun, kita sudah pasti terjejas. Baru ibu jari, bagaimana dengan nikmat tangan? kaki? dan lain-lain.
Sifat syukur ini menyebabkan hati kita tenang dan berlapang dada dengan apa yang belum kita miliki. Kerana, yang kita miliki ni pun sebenarnya kita gagal untuk benar-benar mensyukuri.
Bagaimana menjadi Ahli Syukur?
1. Tetap Bersyukur Walaupun Nikmatnya Kecil
Biarpun nikmat yang diperoleh tidaklah sehebat mana, sematkan dalam diri dengan sifat qanaah. Sentiasa berasa cukup dengan apa-apa yang telah Allah kurniakan. Biarpun ia berupa ujian, lapangkan hati untuk menerimanya dan bersyukur kerana ujian yang ditimpakan lebih ringan berbanding orang lain.
2. Memuji Allah Setiap Masa
Amat mudah untuk memuji Allah iaitu dengan mengucapkan alhamdulillah yang bermaksud segala puji bagi Allah. Jadikan perkara mudah ini sebagai satu kebiasaan dalam diri sebagai tanda syukur kita terhadap segala kurniaan Allah.
3. Berterima Kasih kepada Penunjuk Jalan Nikmat
Benar, setiap rezeki datang daripada Allah. Tetapi perlu diingati bahawa kadang-kadang rezeki tersebut disampaikan kepada kita melalui orang lain. Contohnya apabila diterima bekerja di sesuatu tempat, berterima kasihlah kepada orang yang memaklumkan tentang kekosongan jawatan, penemu duga dan majikan.
4. Nikmat Wasilah Mendekatkan Diri kepada Allah
Nikmatllah nikmat dan kurniaan yang Allah berikan dengan mendekatkan diri kepada Allah. Jangan terlalu leka dengan keindahan nikmat tersebut sehingga mengabaikan kewajipan sebagai hamba seperti melengah-lengahkan solat kerana terlalu tekun bekerja. Lazimi diri dengan pelbagai ibadah sunat sebagai usaha kita mensyukuri nikmat yang telah diberikan.
Sedangkan itulah nikmat yang paling besar dan paling wajar disyukuri.
Pengertian nikmat ilu Lidak terhad pada nikmat duniawi, sebaliknya ia merangkumi nikmat iman, Islam, ibadah dan hidayah. Jika kita mempunyai pengertian yang luas tentang nikmat, maka lebih mudah kita melihat “keberadaan” nikmat itu pada diri kita. Dengan ini lebih mudahlah untuk kita bersyukur. Sebaliknya jika pengertian nikmat itu temad, pandangan kita terhadap kelebihan nikmat akan terbatas dan akibatnya kita semakin sukar untuk bersyukur.
Adakah kita cukup bersyukur?

Tepuk dada tanya iman..

Nur fatimazurin
019-7461589
S4U LEGACY SHAKLEE

KITA INSAN HEBAT???

Orang HEBAT akan melalui segala perit dan kesukaran untuk BERJAYA..

Pernah dengar maksud surah al :insyirahkan..
"sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,dan Allah ulang kembali lagi adalam ayat seterusnya sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."

Percaya pada kemampuan diri anda..mulakan sekarang..orang yang hebat akan menjadi pemotivasi buat orang lain...
maka, didik diri anda untuk menjadi insa hebat,,,biarpun bukan di mata orang lain tapi cukuplah menjadi insan hebat di mata Allah dengan menyegerakan segala yang disukai Allah..

Selalu kita dok merungut,,,tak dak sales..tak de sapa nak beli.. semua orang niaga shaklee jadi tak da yang nak beli dengan kita...
percaya atau tidak sebenarnya kita sudah berburuk sangka dengan Allah sebab?

Sebabnya
1. Allah yang berikan rezeki
2. Allah pemegang kunci hati manusia
3. Allah maha perancang yang hebat
4. Allah penggerak segala kemudahan urusan
dan banyak lagi...penat kalau nak duk hurai bab kekuasaan Allah dan tanda2 Allah sayang akan hambaNya..

maka kita sebagai hamba, kena doa..doa..doa tanpa henti
mintaklah sebanyak mungkin...
jangan dok pikir makbul tak doa aku
jangan dok pikir aku boleh dapat ka tidak
itu semua urusan Allah
biar Allah yang buat
kita??

kita buat sehabis baik
jadi hamba yang sebaiknya
jadi manusia yang berguna pada insan lain
jadi anak yang berbakti pada keluarga
jadi masyarakat yang bermanfaat kepada semua...

ingat,
Insan hebat pasti kuat lalui halangan dan dugaan,,,
saya percaya
pergi mana pun
kalau kita tanya rahsia kejayaan pada orang berjaya
pasti mereka ada kenangan pahit dan sedih yang dijadikan tonggak kejayaan mereka...

jommmm
kita semua insan hebatt
ingat!
Manusia adalah makhluk sesempurna ciptaan Allah
maka kenapa kita mahu rendahkan martabat kita sendiri...

tepuk dada tanya iman....