Siri 1
Sebut pasal 'menurunkan berat badan' memang sangat menarik kaum hawa khususnya. Namun demikian ada juga kaum adam yang mementingkan berat badan ideal.
Memiliki berat badan ideal memang sangat diidam-idamkan oleh setiap orang. Apa tidaknya bermacam-macam kelebihan dan manfaat yang diperolehi khususnya dari aspek kesihatan.
Umum ketahui bahawa Berat badan ideal dapat dikira melalui BMI ( Body Mass Index ). Saya juga menyimpan jadual kiraan BMI ( sekarang ni mudah dan canggih, kat internet pun ada ). Tujuan saya menyimpan jadualnya untuk memastikan berat tidak bertambah.
Dalam penulisan ini, saya akan kongsikan bagaimana kaedahnya saya menurunkan berat badan dari 76kg ke 69kg. Walaupun perbezaan nampak sedikit, tapi saya berpegang dengan satu prinsip, sikit-sikit lama-lama jadi sikit ( hehe..maaf ubah sedikit ).
Untuk menurunkan berat badan memang sangat susah. Saya pun mengalami situasi yang sama di peringkat awal. Hari ini pasang azam esok banyak godaan makanan. Makanan sedap, jadi makanlah. Musnahlah satu azam. Bila kenyang, tengok perut melalui cermin rasa menyesal. Hal yang sama berlaku berulang kali. Berat pula semakin bertambah sehingga mencecah 76.9kg. Itu petanda buruk bagi saya. Lebih-lebih lagi, bila terbaca artikel mengenai penyakit yang menimpa diri jika obes.
Membaca artikel kesan obesiti memang menginsafkan.
Di sini, saya ingin berkongsi tips superb yang saya sendiri aplikasi untuk menurunkan berat badan.
Tips 1
#Pasang Azam Yang Tinggi
Saya lebih suka guna istilah 'pasang'. Bila pasang kita nampak apa yang sedang kita pasang. Kalau guna istilah 'tanam' takut-takut azam 'tertanam,terkubur'. Jadi, syarat untuk memasang azam pastikan azam itu dipasang setinggi-tingginya sehingga ia menjadi tembok penghalang untuk kita makan makanan yang tidak sihat contohnya makanan yang mengandungi kadar kolesterol dan karbohidrat yang tinggi. Anda juga perlukan sesuatu untuk mengingatkan diri,mengingatkan anda mengenai azam anda itu. Kaedah yang paling mudah ialah dengan menulis azam tersebut dan TAMPALkan di sudut yang mudah untuk dibaca. Kata-kata satu doa, jika setiap hari anda membaca azam itu, tahniah saya ucapkan sebab anda mula mengukuhkan azam yang dipasang.
Semoga bermanfaat untuk kita semua :-)
Tips seterusnya, tunggu penulisan saya yang seterusnya...
Mentor Shaklee Terbaik Anda :-)
Azmee 0134234220
Zurin 0197461589
No comments:
Post a Comment