Sunday, 5 April 2015

SYUKURKAH kita?

Nikmat Allah sangat banyak sehingga tidak dapat dihitung.Jika menghitung pun sudah tidak mampu, apalagi untuk membalasnya. Firman Allah s.w.t., maksudnya: “Jika kamu ingin menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan dapat menghitung.” (Surah Ibrahim 14:34)
Seringkali kita melihat apa yang kita tiada, kita lupa apa yang kita ada. Tengok tubuh yang sempurna, tak perlu Allah ambil balik kepala, kalau Allah ambil balik ibu jari pun, kita sudah pasti terjejas. Baru ibu jari, bagaimana dengan nikmat tangan? kaki? dan lain-lain.
Sifat syukur ini menyebabkan hati kita tenang dan berlapang dada dengan apa yang belum kita miliki. Kerana, yang kita miliki ni pun sebenarnya kita gagal untuk benar-benar mensyukuri.
Bagaimana menjadi Ahli Syukur?
1. Tetap Bersyukur Walaupun Nikmatnya Kecil
Biarpun nikmat yang diperoleh tidaklah sehebat mana, sematkan dalam diri dengan sifat qanaah. Sentiasa berasa cukup dengan apa-apa yang telah Allah kurniakan. Biarpun ia berupa ujian, lapangkan hati untuk menerimanya dan bersyukur kerana ujian yang ditimpakan lebih ringan berbanding orang lain.
2. Memuji Allah Setiap Masa
Amat mudah untuk memuji Allah iaitu dengan mengucapkan alhamdulillah yang bermaksud segala puji bagi Allah. Jadikan perkara mudah ini sebagai satu kebiasaan dalam diri sebagai tanda syukur kita terhadap segala kurniaan Allah.
3. Berterima Kasih kepada Penunjuk Jalan Nikmat
Benar, setiap rezeki datang daripada Allah. Tetapi perlu diingati bahawa kadang-kadang rezeki tersebut disampaikan kepada kita melalui orang lain. Contohnya apabila diterima bekerja di sesuatu tempat, berterima kasihlah kepada orang yang memaklumkan tentang kekosongan jawatan, penemu duga dan majikan.
4. Nikmat Wasilah Mendekatkan Diri kepada Allah
Nikmatllah nikmat dan kurniaan yang Allah berikan dengan mendekatkan diri kepada Allah. Jangan terlalu leka dengan keindahan nikmat tersebut sehingga mengabaikan kewajipan sebagai hamba seperti melengah-lengahkan solat kerana terlalu tekun bekerja. Lazimi diri dengan pelbagai ibadah sunat sebagai usaha kita mensyukuri nikmat yang telah diberikan.
Sedangkan itulah nikmat yang paling besar dan paling wajar disyukuri.
Pengertian nikmat ilu Lidak terhad pada nikmat duniawi, sebaliknya ia merangkumi nikmat iman, Islam, ibadah dan hidayah. Jika kita mempunyai pengertian yang luas tentang nikmat, maka lebih mudah kita melihat “keberadaan” nikmat itu pada diri kita. Dengan ini lebih mudahlah untuk kita bersyukur. Sebaliknya jika pengertian nikmat itu temad, pandangan kita terhadap kelebihan nikmat akan terbatas dan akibatnya kita semakin sukar untuk bersyukur.
Adakah kita cukup bersyukur?

Tepuk dada tanya iman..

Nur fatimazurin
019-7461589
S4U LEGACY SHAKLEE

No comments:

Post a Comment